Anda di sini

Motosikal sedang dibaiki tiba-tiba terbakar di bengkel

Advertisement
 Sebuah motosikal yang sedang dibaiki di sebuah bengkel di Jalan Repok tiba-tiba terbakar malam kelmarin.
SEPARUH MUSNAH: Sebuah motosikal yang sedang dibaiki di sebuah bengkel di Jalan Repok tiba-tiba terbakar malam kelmarin.

SARIKEI: Pekerja di sebuah bengkel motosikal di Jalan Repok, dekat sini berhadapan situasi mencemaskan apabila sebuah motosikal yang sedang dibaiki tiba-tiba terbakar, malam kelmarin.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam.

Namun demikian, tindakan pantas pekerja bengkel terbabit telah berjaya memadam kebakaran tersebut menggunakan sumber air dalam tempoh 5 minit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, anggota kita mendapati separuh daripada motosikal tersebut telah musnah terbakar.

“Namun demikian api telah berjaya dipadamkan pekerja bengkel dan pihak bomba hanya memantau keadaan serta memastikan keadaan selamat sebelum pihak bomba kembali ke balai.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung pihak bengkel masih dalam siasatan,” katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement