Anda di sini

Lima pasukan rebut Piala KPD Sibu

Advertisement
 Martin menyepak bola untuk merasmikan pertandingan bola sepak Piala KPD pagi semalam.
MULA: Martin menyepak bola untuk merasmikan pertandingan bola sepak Piala KPD pagi semalam.

SIBU: Sebanyak lima pasukan terdiri daripada jabatan-jabatan IPD Sibu akan berentap merebut kejuaraan pada Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Majlis perasmian dan Sepak Mula telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo pagi semalam.

Martin berkata, pertandingan itu diadakan bagi mewujudkan jalinan silaturahim dan kerjasama lebih erat antara jabatan IPD Sibu.

“Penganjuran pertandingan ini diharapkan mampu mencapai objektif yang disasarkan iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Piala KPD di sini, pagi semalam.

Selain itu katanya, aktiviti sukan yang sihat sedemikian menjadi platform untuk anggota menurunkan berat badan sekali gus menjadikan pegawai atau anggota yang lebih cergas.

Para pemain juga berpeluang menunjukkan bakat mereka terutama yang baharu menyertai pertandingan ini, tambahnya.

“Saya berharap para pemain mampu menunjukkan bakat mereka dan berpeluang dipilih untuk menyarung jersi pasukan IPD Sibu yang akan menyertai perlawanan Bola Sepak Piala PJP di Kuching dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada jawatankuasa pertandingan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komesil (JSJK) ASP Undi Dian kerana bertungkus-lumus menyediakan padang yang sesuai untuk mengadakan pertandingan tersebut.

Katanya, padang IPD Sibu mempunyai standard tersendiri dan antara padang bola sepak terbaik di Bahagian Sibu.

Sehubungan itu katanya, adalah menjadi asam garam dan adat setiap perlawanan di mana ada pasukan akan menang dan kalah, apa yang penting ialah semangat kesukanan dan setiakawan.

  • oleh
  • Advertisement