Anda di sini

IIBD bakal jadi segi tiga emas Johor Bahru

Advertisement
 Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (tengah) bersama barisan pemegang taruh melancarkan gimik komitmen kepada Jcorp pada majlis ‘IIBD Blueprint Gazettement’ di Menara JLand.
KOMITMEN: Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (tengah) bersama barisan pemegang taruh melancarkan gimik komitmen kepada Jcorp pada majlis ‘IIBD Blueprint Gazettement’ di Menara JLand.

JOHOR BAHRU: Pewartaan Pelan Induk Ibrahim International Business District (IIBD) telah diumumkan secara rasmi pada 16 April lalu di Menara Jland dan bakal menjadi segi tiga emas Johor Bahru selain menjadi pusat perdagangan bertaraf dunia dan hab perniagaan, pelaburan dan keusahawanan.

Johor Corporation (JCorp) dalam satu kenyataan berkata, IIBD yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan dan Daerah Sentral Johor Bahru, meliputi kawasan seluas 250 ekar (101 hektar) dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya RM20 bilion.

“Sebagai pusat penting bagi Zon Induk A Iskandar Malaysia, IIBD merupakan nadi penggerak Johor Bahru dan dirancang untuk menjadi pusat perdagangan bertaraf dunia di Gerbang Selatan Malaysia,” kata JCorp.

Menurut kenyataan JCorp lagi, IIBD merupakan peneraju yang bakal memartabatkan Johor Bahru sebagai sebuah pusat perdagangan bertaraf dunia dan titik tumpuan perniagaan, pelaburan dan keusahawanan. Kedudukan strategik IIBD menjadi pemangkin untuk menjadikan negeri Johor lebih hampir kepada wawasannya untuk menjadi kuasa ekonomi selatan.

“Sejak pelancaran Pelan Induk IIBD pada pertengahan 2016, JCorp memainkan peranan utama selaku penggerak pembangunan IIBD, dan telah bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dalam kerajaan negeri dan persekutuan untuk menggalakkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha yang melibatkan rakyat negeri Johor untuk bersama membina pusat perdagangan antarabangsa Johor Bahru,” kata JCorp.

JCorp berkata, Pelan Induk IIBD merupakan subset Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru (Penggantian) 2025 untuk menggalakkan tadbir urus korporat dan melaksanakan penggunaan tanah strategik bagi Central Business District (CBD) Johor Bahru yang sedia ada.  

Perancangan strategi pelan transformasi ini mengambil kira rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang kini sejajar dengan fasa pembangunan yang mapan.

Proses perancangan di sebalik Pelan Induk IIBD mengambil kira komponen ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan matlamat memastikan IIBD menyediakan suasana persekitaran hidup yang berkualiti dan lestari

Pelan Induk IIBD berjaya diwartakan pada 18 Januari 2018, untuk mengukuhkan pelaksanaan perancangan penggunaan strategik dan tadbir urus korporat dalam IIBD.

Pelan Induk IIBD yang diwartakan terutamanya merangkumi penggunaan untuk tujuan komersial 51 peratus, seterusnya penyediaan tempat awam peratus 24 peratus, institusi peratus 14 peratus dan ruang kehidupan insan 9 peratus.

Advertisement