Anda di sini

Everrise Plaza Merdeka anjur ‘Jerayawara Dutch Lady Upin & Ipin’

Advertisement
 Eksekutif Kanan  Everrise Plaza Merdeka Chin Ming Lik (dari kiri),  Pengurusan Edaran FrieslandCampina Company  Jong Soon Kiong, Pembantu Pengurus Jualan TLS Marketing Sdn Bhd Chen Siaw Tien, Pengurus Jualan Kawasan TLS Marketing Sdn Bhd Nelly Chua, Eksekutif Jualan Fiesland Campina Company, Danny Bong dan Eksekutif Plaza Merdeka Lo Joo Seng memperkenalkan jerayawara.
HARGAI PELANGGAN: Eksekutif Kanan Everrise Plaza Merdeka Chin Ming Lik (dari kiri), Pengurusan Edaran FrieslandCampina Company Jong Soon Kiong, Pembantu Pengurus Jualan TLS Marketing Sdn Bhd Chen Siaw Tien, Pengurus Jualan Kawasan TLS Marketing Sdn Bhd Nelly Chua, Eksekutif Jualan Fiesland Campina Company, Danny Bong dan Eksekutif Plaza Merdeka Lo Joo Seng memperkenalkan jerayawara.

KUCHING: Everrise Plaza Merdeka akan menganjurkan ‘Jerayawara Dutch Lady Upin & Ipin’ pada 26 hingga 28 April ini bagi menghargai pelanggan setianya.

Dengan setiap pembelian empat peket Dutch Lady 900g dalam resit tunggal, pelanggan layak mendapatkan baucar tunai Everrise bernilai RM10, selagi masih ada stok.

Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai aktiviti ‘SMART’ dan permainan menyeronokkan pada jerayawara tersebut.

Sebagai tambahan, terdapat juga uji rasa produk percuma pada program tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila semak di Everrise Plaza Merdeka.

Advertisement