Anda di sini

B&W tawar perabot dengan diskaun sehingga 50 peratus

Advertisement
 Bahan digunakan untuk membuat sofa terdiri daripada kulit tulen.
KULIT TULEN: Bahan digunakan untuk membuat sofa terdiri daripada kulit tulen.

MUKAH: Inginkan tilam dan keselesaan seperti tinggal di hotel bertaraf lima bintang serta sofa reka bentuk Itali disaluti kulit tulen?

B&W Premium Furniture Gallery (B&W) kini ada menawarkan tilam serta sofa diidamkan oleh semua pelanggan.

“Temui B&W di tingkat satu, Li Hua Hotel, Mukah dari 10.30 pagi hingga 8.20 malam setiap hari,” kata Pengurus Kanan B&W Shawn Ling.

Pameran yang bermula 25 April sehingga 1 Mei 2019 itu menyediakan pelbagai perabot termasuk tilam berkualiti tinggi, sofa serta perabot-perabot lain.

 Dapatkan potongan harga sehingga 50 peratus dengan pembelian perabot B&W.
POTONGAN HARGA: Dapatkan potongan harga sehingga 50 peratus dengan pembelian perabot B&W.

Menurut Shawn, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati tawaran potongan harga sehingga 50 peratus, malah bakal mendapat pelbagai barangan percuma dengan pembelian.

Pembelian tilam empuk bertaraf hotel lima bintang akan mendapat lima barangan percuma seperti bantal serta cadar  bernilai sehingga RM700.

Set sofa yang dipamer juga semuanya rekaan Itali, disaluti kulit tulen dan seratus peratus boleh dibuka untuk dibersihkan.

“Kita turut akan bantu para pelanggan untuk memilih perabot sesuai dengan kediaman serta keselesaan,” jelasnya lagi.

Pameran juga diadakan bersempena dua perayaan utama Hari Gawai Dayak yang bakal menjelang dan Hari Raya Puasa menyusul kemudian.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 016-8696535.

  • oleh
  • Advertisement