Anda di sini

RM12 juta untuk menaik taraf Tebingan Batang Lupar

Advertisement
 Nelson (lima kanan) menerima surat daripada pemaju yang melaksanakan projek berkenaan sambil diperhatikan Harden (empat kanan), Richard (tiga kanan) serta yang lain semasa berlangsungnya majlis berkenaan.
BAKAL DILAKSANA: Nelson (lima kanan) menerima surat daripada pemaju yang melaksanakan projek berkenaan sambil diperhatikan Harden (empat kanan), Richard (tiga kanan) serta yang lain semasa berlangsungnya majlis berkenaan.

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta untuk menaik taraf Tebingan Batang Lupar sebagai tempat penganjuran Pesta Benak, Sri Aman.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, tempoh pelaksanaan projek ini akan bermula dari 23 April hingga 24 Oktober 2020 untuk tempoh 18 bulan bagi menyiapkan 360 meter panjang tebingan sungai berkenaan.

Menurutnya, bagi memperindahkan tebing sungai berkenaan, kesemua gerai peniaga yang beroperasi di tebing Batang Lupar selama ini akan dipindahkan ke Tapak Tamu Baru Sri Aman.

“Tujuan pemindahan gerai berkenaan adalah untuk memberi laluan kepada kerja kerja menaik taraf tebing sungai berkenaan serta memberi keselesaan kepada peniaga yang berniaga di sini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ber-ucap pada Majlis Penyerahan Tapak Project Upgrading Of Waterfront (Pesta Benak Site, Sri Aman) di  Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Ba-ngunan Perpustakaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sini.

Harden turut mencadang-kan kepada Jabatan Tanah dan Survei agar mengambil alih dan tindakan kepada penduduk di kawasan Su-ngai Stawang untuk diberi penempatan baharu kerana lokasi tersebut akan dijadikan ‘Pangkalan Ikan Bulu’.

“Terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ketua Menteri Sarawak kerana telah meluluskan beberapa projek mega untuk pemba-ngunan di bandar Sri Aman seperti ‘extension’ Food Court bernilai RM5 juta dan menaik taraf Dewan Suarah Sri Aman bernilai RM7 juta yang kini berstatus ‘on-going project’,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, Jambatan Batang Lupar yang telah dibatalkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan kini dalam cadangan oleh Kerajaan Sarawak.

“Jambatan ini akan menjadi jalan pintas ke bahagian Betong dan kawasan-kawasan yang berada di seberang Batang Lupar,” ujarnya.

“Isu Hospital memang isu panas di bahagian Sri Aman dan isu ini memang memberi momentum hebat kepada wakil rakyat dan projek ini juga turut menjadi bahan politik Pakatan Harapan.

“Untuk pengetahuan semua, status Hospital Sri Aman kini  80 peratus untuk bahagian ‘structure’, hanya bumbung yang belum di pasang, 20 peratus lagi adalah untuk pengisian se-perti ‘equipment’ baharu.

“Hospital baharu ini akan dlengkapi dua dewan pembedahan dan 10 bilik pakar dan dijangka akan siap pada Jun 2020.

“Kini terdapat 500 pekerja di tapak projek bagi menyiapkan projek tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Turut hadir Wali Kota MDSA Richard Tawan Sedu, Setiausaha MDSA Nelson Mujah Girie serta ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.

Advertisement