Anda di sini

Pengundi Mesir sokong lanjutkan pemerintahan Sisi

Advertisement
 Seorang lelaki berjalan di hadapan sepanduk yang menyebut ‘Ya kepada pindaan perlembagaan, demi masa depan yang lebih baik’, bersama gambar Sisi menjelang pungutan suara  mengenai pindaan perlembagaan di Kaherah, Mesir pada 16 April. — Gambar Reuters
SOKONG PINDAAN: Seorang lelaki berjalan di hadapan sepanduk yang menyebut ‘Ya kepada pindaan perlembagaan, demi masa depan yang lebih baik’, bersama gambar Sisi menjelang pungutan suara mengenai pindaan perlembagaan di Kaherah, Mesir pada 16 April. — Gambar Reuters

KAHERAH: Pengundi Mesir menyokong dengan kuat perubahan perlembagaan yang boleh menyaksikan pemerintahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi dilanjutkan ke tahun 2030, kata lembaga pilihan raya kelmarin.

Ketua Pihak berkuasa Pilihan raya Kebangsaan Lashin Ibrahim memberitahu satu sidang akhbar di Kaherah bahawa 88.83 peratus mengundi “ya” dalam pungutan suara mengenai pindaan tersebut, dengan 11.17 peratus meng-undi “tidak”.

Undian selama tiga hari itu berlangsung “dalam iklim demokratik yang dipacu oleh kebebasan”, tambahnya.

Sisi menggunakan Twitter sejurus selepas keputusan di-umumkan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan senegaranya “yang memukau dunia dengan kesedaran mereka tentang cabaran yang dihadapi” Mesir.

Kira-kira 27 juta undi dipangkah di negara dengan penduduk paling ramai dalam dunia Arab itu, pada kadar penyertaan 44.33 peratus.

Kumpulan hak asasi manusia mengkritik keadaan sekitar undian yang diadakan secara terburu-buru itu, termasuk penindasan mereka yang me-nentang perubahan menyeluruh yang akan mengukuh-       kan kuasa Sisi.

Parlimen Mesir, yang penuh dengan penyokong setia Sisi, mengundi untuk menyokong pindaan pada minggu lepas, sekali gus memberi pengundi masa hanya beberapa hari sahaja untuk memahami pindaan kepada 20 perkara.

Pindaan kontroversi lain termasuk meningkatkan lagi kawalan Sisi ke atas badan kehakiman dan memberikan angkatan tentera pengaruh yang malah lebih besar dalam kehidupan politik Mesir.

Sisi menyatakan beliau memerlukan lebih masa untuk menyiapkan tugasan memulih kestabilan dan keselamatan selepas pergolakan yang menyusuli penggulingan autokrat veteran Hosni Mubarak dalam Arab Spring 2011.

Undian yang memihak kepada Sisi memang dijangkakan tetapi penganalisis bimbang mengenai kesannya.

Penganalisis Mai El-Sadany, pengarah undang-undang di Institut Tahrir bagi Dasar Timur Tengah (TIMEP) yang berpangkalan di Washington, memberitahu AFP pindaan itu mungkin ada “implikasi negatif jangka panjang bagi Mesir”.

Pindaan utama, yang me-riuhkan negara, adalah hakikat yang hampir pasti bahawa Sisi akan bertanding untuk penggal enam tahun lagi sebagai presiden apabila penggalnya sekarang berakhir pada 2024.

Penggalnya sekarang sepatutnya tamat pada 2022 tetapi dikemaskinikan secara retroaktif dengan tambahan dua tahun lagi.

Sisi, yang mengambil ke-sempatan ke atas gelombang populis selepas beliau menggulingkan presiden Islamis Mohamed Morsi dengan bantuan angkatan tentera pada Julai 2013, mencatatkan kemenangan dalam pilihan raya presiden pada 2014 dan dipilih semula dengan lebih 97 peratus undian pada 2018.

Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Michael Page, meng-anggap pindaan itu sebagai “satu cubaan tidak tahu malu untuk meletakkan kuasa tentera di atas pemerintahan awam” dan berkata pungutan suara “berlangsung dalam persekitaran yang begitu tidak bebas dan tidak adil sehingga-kan keputusannya tidak dapat berpura-pura mempunyai kesahihan”.

Mustapha Kamel al-Sayyid, profesor sains politik di Universiti Amerika Kaherah, berkata pindaan itu menetapkan contoh bahaya bagi pemerintah pada masa depan selepas Sisi, yang ber-usia 64 tahun.

“Siri pindaan ini luar biasa dalam sejarah moden Mesir,” katanya. — AFP

Advertisement