Anda di sini

Konsert amal ‘Touching Lives With Music’ pada 3-4 Mei

Advertisement
 (Dari kiri) Ruth, Wong, Buong dan Lau mengalu-alukan orang awam bagi menyertai konsert amal ‘Touching Lives With Music’ pda 3 dan 4 Mei ini, di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Miri.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Ruth, Wong, Buong dan Lau mengalu-alukan orang awam bagi menyertai konsert amal ‘Touching Lives With Music’ pda 3 dan 4 Mei ini, di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak Miri.

MIRI: Dalam usaha memberikan kembali kepada masyarakat setempat, Bornean Foundation dan Chicago School of Music Miri akan menganjurkan konsert amal ‘Touching Lives With Music’ pada 3 dan 4 Mei ini.

Pengerusi penganjur merangkap presiden Bornean Foundation Jonah Lau berkata, konsert amal yang menampilkan 11 persembahan akan berlangsung di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak Miri bermula jam 7.30 malam.

“Tiket sudah mula dijual dengan harga RM30 untuk kemasukan sehari bagi menyaksikan konsert terbabit.

“Kita mensasarkan kutipan berjumlah RM7,000 melalui konsert ini nanti. Kutipan berkenaan akan disalurkan kepada dua organisasi kebajikan iaitu Miri Methodist Hope Centre dan pusat komuniti pendidikan Rumiah Apei,” jelasnya pada sidang media yang diadakan di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengetua Chicago School of Music Buong Hoo Lau, Pengerusi Miri Methodist Hope Centre Wong Ngie Ping dan Pengurus Projek NEEDS of PACTS School Miri, Ruth Charity Chong.

Menurut Lau, 11 persembahan yang diselitkan berkenaan melibatkan persembahan koir dari Miri Grace Choir, serta persembahan solo dari Tan Keng Lee, Buong Hoo Lau dan Kong Sing Hong.

“Kemasukan adalah terhad, dan kita mengalu-alukan masyarakat setempat untuk bersama memberi sokongan kepada konsert amal julung kali dianjurkan oleh Bornean Foundation dan Chicago School of Music.

“Di samping menyaksikan persembahan menghiburkan, kita turut membantu menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya sambil menambah kemasukan adalah terhad kepada 200 orang sahaja.

Selain yuran kemasukan, pihak penganjur turut menyediakan kotak derma yang memboleh orang ramai untuk memberikan sumbangan bagi disalurkan kepada kedua-dua organisasi yang dipilih tersebut.

“Diharapkan melalui konsert amal ini nanti, kita dapat membantu menyalurkan sumbangan bagi meringankan usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak organisasi terbabit,” tambahnya.

Orang awam yang ingin mendapatkan tiket boleh menghubungi Lau di talian 012-805 8136 atau Buong (017-551 8126), atau ke premis Chicago School of Music di pusat komersial Boulevard, Victoria Digital Photoshop serta PACTS School Miri (The Education Clubhouse) yang terletak di Jalan Brighton Miri.

  • oleh
  • Advertisement