Anda di sini

Kerajaan memberi fokus khusus terhadap belia

Advertisement

KUCHING: Kerajaan sentiasa memberi fokus yang khusus terhadap golongan belia selaku generasi pewaris dan pelapis kepimpinan negara.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan itu mereka perlu dipersiapkan selengkapnya bagi memikul tanggungjawab meneruskan agenda pemba-ngunan negara.

“Golongan belia di Malaysia pada hari ini berdepan dengan cabaran-cabaran baharu yang dibawa oleh era globalisasi.

“Dalam era globalisasi ini juga golongan belia pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lain dan jika tidak ditangani dengan baik akan merencatkan pemba-ngunan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena merasmikan Majlis Perundi-ngan Belia Peringkat Sarawak 2019 yang dihadiri Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Zaini Abdul Aziz di sini, semalam.

Tambah Karim, golongan belia adalah aset negara yang penting dan perlu dipersiapkan untuk menghadapi sebarang cabaran yang datang.

“Jika kita mampu membendung belia dengan baik daripada perkara yang me-rosakkan, kita mampu melihat negara atau negeri berjaya serta selamat pada masa akan datang.

“Selain itu sokongan golo-ngan belia dalam inisiatif yang dirancang dan dilaksana oleh pihak kerajaan adalah penting demi menjayakan misi dan visi membina modal insan terbaik dalam kalangan muda mudi masyarakat kita,” katanya.

Beliau memberitahu, di Malaysia kategori belia adalah mereka yang berusia 15 hingga 40 tahun berbanding beberapa negara lain iaitu mereka ber-usia 15 hingga 30 tahun.

Di Sarawak menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2016 daripada 2.749 juta populasi negeri, 743,000 atau 27 peratus adalah golongan belia, ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementeriannya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di peringkat kebangsaan dalam usaha memper-kasakan belia di negeri ini.

Katanya, walaupun kedua-dua kementerian di bawah kerajaan yang berbeza tetapi tetap akan prihatin terhadap belia melalui kerjasama peng-anjuran program.

“Kita maklum bahawa walaupun kerajaan lain di peringkat negeri (kementerian kita) dan peringkat pusat (KBS) kita tetap teruskan kerjasama demi belia.

“Sekiranya Kementerian mempunyai program dianjur-kan, kita akan bekerjasama dengan KBS dan begitu juga sebaliknya walaupun ketua kita tidak sama,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement