Anda di sini

Hotel Grand Continental tawar bufet ‘Ramadan Iftar Citra Malaysia’

Advertisement
 Kakitangan pengurusan Hotel Grand Continental Kuching iaitu (dari kiri) Pegawai Sektor Makanan dan Minuman (F&B) Juffri Ratrakawi, Kapten F&B Dicky Fazerly, Chef De Partie Wilfred Urut, Cef Eksekutif Ben Koh, Cef Kaod Senib, Pengurus Sumber Manusia Christina Patrick Penyelia F&B Janita Puem, Pegawai Akauntan Wee Geok Than dan Ketua Pegawai Keselamatan Winston Limpa menunjukkan hidangan Ramadan Iftar Citra Malaysia di Hotel Grand Continental Kuching semalam.
JEMPUT DATANG: Kakitangan pengurusan Hotel Grand Continental Kuching iaitu (dari kiri) Pegawai Sektor Makanan dan Minuman (F&B) Juffri Ratrakawi, Kapten F&B Dicky Fazerly, Chef De Partie Wilfred Urut, Cef Eksekutif Ben Koh, Cef Kaod Senib, Pengurus Sumber Manusia Christina Patrick Penyelia F&B Janita Puem, Pegawai Akauntan Wee Geok Than dan Ketua Pegawai Keselamatan Winston Limpa menunjukkan hidangan Ramadan Iftar Citra Malaysia di Hotel Grand Continental Kuching semalam.

KUCHING: Sempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuching menawarkan bufet ‘Ramadan Iftar Citra Malaysia’ di Brasserie Kuching Coffeehouse kepada mereka yang ingin berbuka puasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bufet Ramadan Iftar Citra Malaysia menyediakan hidangan pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia dan makanan kegemaran tempatan kepada pengunjung mulai 6 Mei hingga 4 Jun 2019, dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Antara juadah tradisi Malaysia disediakan termasuk ulam-ulaman, rojak buah, kerabu tauge, salad ayam makaroni, sambal gesek tempe, kerabu epal hijau dan betik, ikan terubok masin, umai obor-obor, salad hijau segar disertai dengan kuah rojak, sambal belacan, cincaluk budu dan kuah kacang.

Hidangan utama lain seperti sup tom yam makanan laut, nasi putih, nasi minyak, ayam percik, ayam masak gajus, daging rendang, sotong sumbat Terengganu, ikan gulai kuning ikan tongkol, kambing panggang, ikan panggang tenggiri, ikan kembong, kepak ayam panggang, murtabak ayam atau daging, bubur pedas dan bubur cha cha, linut dengan sup ayam terung asam dan sambal belacan.

Untuk sudut gerai khas pula, juadah makanan seperti laksa Sarawak, bihun belacan dan mi udang Penang turut disediakan untuk para pengunjung.

Sajian pencuci mulut merangkumi buah kurma, biskut dan kuih-muih tradisonal, buah-buahan segar, agar-agar, aiskrim dengan perisa vanila, coklat dan strawberi serta minuman seperti air bandung, air selasih, kordial, kopi dan teh tarik juga boleh didapati.

Pihak Hotel Grand Continental Kuching menyediakan bufet Ramadan ini dengan lima set menu yang berbeza setiap hari.

Bufet Ramadan ini disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan dengan bayaran sebanyak RM65 nett untuk seorang dewasa manakala RM32.50 nett untuk seorang kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dan RM50 nett untuk seorang warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

Diskaun 30 peratus turut akan diberikan kepada pelanggan yang berbuka puasa di sepanjang minggu pertama iaitu dari 6 Mei hingga 12 Mei sahaja.

Selain itu, Hotel Grand Continental Kuching turut menyediakan kemudahan seperti pengumuman radio mengenai masa berbuka puasa dan bilik sembahyang untuk keselesaan tambahan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi hidangan Bufet Ramadan Iftar Citra Malaysia, orang ramai boleh menghubungi talian 082-230399 sambungan 02 atau e-mel ke [email protected] atau melayari laman www.hotelgrand.com.my.

  • oleh
  • Advertisement