Anda di sini

Terus eratkan kerjasama dengan persekutuan demi pembangunan belia - Abdul Karim

Advertisement
Abdul Karim (depan, lima kiri) merakam kenangan bersama ahli majlis dan pemerhati sebelum perasmian Majlis Perundingan Belia Peringkat Sarawak.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan tetap terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di peringkat kebangsaan dalam usaha memperkasakan belia di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun kedua-dua kementerian di bawah kerajaan yang berbeza tetapi tetap akan prihatin terhadap belia melalui kerjasama penganjuran program.

"Kita maklum bahawa walaupun kerajaan lain di peringkat negeri (kementerian kita) dan peringkat pusat (KBS) kita tetap teruskan kerjasama demi belia.

"Sekiranya Kementerian mempunyai program dianjurkan, kita akan bekerjasama dengan KBS dan begitu juga sebaliknya walaupun ketua kita tidak sama," katanya dalam ucaptama merasmikan Majlis Perundingan Belia Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, malahan kedua-dua kementerian bekerjasama dalam merangka serta menjayakan program berbentuk keilmuan untuk merealisasikan konsep "Dari Belia untuk Belia".

Beliau berkata, konsep sama rata dalam pembangunan negara sememangnya diamal dan difahamkan konsep perbincangan dengan pemegang taruh akan memberi impak besar kepada masyarakat dan golongan belia.

"Pada masa inilah golongan belia kita boleh menunjukkan bakat serta kebolehan masing-masing dalam pelbagai aktiviti yang sihat dan cergas yang telah dirancang secara rapi oleh pihak penganjur," katanya.

Selain itu beliau juga berharap kedua-dua kementerian akan bekerjasama dengan menganjurkan program-program yang mampu mencungkil bakat belia.

Katanya pendekatan turun padang adalah antara yang terbaik memandangkan belia lebih senang mendengar serta meluahkan kemahuan mereka.

Beliau berkata dengan demikian belia mampu menonjolkan bakat-bakat mereka untuk diketengahkan demi pembangunan belia.

  • oleh
  • Advertisement