Anda di sini

Masyarakat, peniaga mohon bantuan baik pulih tempat duduk stesen bas

Advertisement
 Wilfred (kanan) bersama pegawai MPP melihat tempat duduk stesen bas di Kota Sentosa semalam.
PEMERIKSAAN: Wilfred (kanan) bersama pegawai MPP melihat tempat duduk stesen bas di Kota Sentosa semalam.

KUCHING: Masyarakat dan peniaga di Batu 7, Kota Sentosa memohon bantuan daripada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) membaik pulih tempat duduk stesen bas di hadapan pasar basah di sini.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa Wilfred Yap berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan sewaktu mengadakan aktiviti turun padang semalam.

Pihaknya telah menghubungi MPP untuk memaklum tentang permohonan itu dan mendapatkan bantuan agar kerja membaik pulih dijalankan dengan segera.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan susulan dengan MPP dan memantau kerja yang dijalankan itu sehingga siap.

Pada masa sama, Wilfred yang juga Ketua Biro Aduan Awam SUPP berkata pihaknya akan menjalankan usaha berterusan membantu komuniti setempat menyediakan kemudahan infrastruktur.

Orang ramai juga boleh terus membuat aduan ke pejabatnya di sini atau menghubungi talian 016-7797688 atau 082-246999

Advertisement