Anda di sini

Lelaki ditemui mati selepas tiga hari hilang

Advertisement
Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa di sungai
Pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa di sungai

BINTULU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin dijumpai maut di dasar sungai, kira-kira dua kilometer dari Jambatan Kuala Tatau di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa yang dikenali sebagai Zainudin Lili, 46 tahun sekitar 11.30 pagi.

"Mangsa dijumpai di dasar sungai pada jarak dua kilometer dari Jambatan Kuala Tatau dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang turut serta dalam operasi itu digunakan untuk membawa mangsa. 

Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan membawanya ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Tatau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi disertai enam anggota bomba yang diketuai Azman Hamid itu turut disertai polis, kastam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. 

Kehilangan mangsa disedari apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar pada Isnin.

Susulan itu katanya, laporan polis telah dibuat oleh isteri mangsa keesokan harinya dan pihak polis yang menerima laporan menjumpai kereta mangsa berhampiran Jambatan Kuala Tatau. 
 

  • oleh
  • Advertisement