Anda di sini

Lelaki dijumpai maut dalam kereta

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah kuarters di Hospital Miri, Selasa malam. 

Lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang berkunci dari dalam sekitar pukul 10.25 malam. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata pasukan perubatan dari Hospital Miri yang dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengesahkan dia telah meninggal dunia.

"Mangsa meninggal dunia dipercayai berpunca daripada lemas oleh asap kereta di mana hos telah dimasukkan ke ekzos kereta dan disambungkan melalui tingkap kereta.

"Siasatan juga mendapati mangsa ada menghantar video kepada isterinya bahawa dia ingin membunuh diri. Sebelum ini mangsa juga pernah memberitahu isterinya untuk bunuh diri," katanya dalam kenyataan media pada Rabu. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. 

Lim berkata tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

  • oleh
  • Advertisement