Anda di sini

Dadah: Wanita sarat mengandung antara 13 individu ditahan di Bekenu 

Advertisement
Antara suspek yang ditahan dipercayai positif dadah dalam serbuan di enam buah kampung di Bekenu pada Selasa.

MIRI: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin antara 13 individu ditahan apabila positif dadah dalam serbuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Miri di Bekenu, dekat sini.

Operasi yang bermula pukul 9 malam Selasa dan berakhir pada pukul 4 pagi pada Rabu itu menyaksikan penahanan 11 lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia antara 21 hingga 70 tahun. 

Ketua Cawangan AADK Miri Mazlan Jikran berkata serbuan dijalankan di enam kampung di Bekenu iaitu Kampung Kuala Sibuti, Kampung Padang Kelulit, Kampung Tunah Tiris, Kampung Masjid Tiris, Kampung Bulau dan Kampung Keluru Tengah. 

Antara suspek yang diperiksa dalam serbuan yang dijalankan oleh AADK Miri.
Antara suspek yang diperiksa dalam serbuan yang dijalankan oleh AADK Miri.

"Seramai 21 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, 13 orang ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu. 

"13 suspek ini ditangkap mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya dalam kenyataan media. 

Jika sabit kesalahan, kesemua yang ditangkap boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 6(1)(b) akta yang sama. 

  • oleh
  • Advertisement