Anda di sini

Kastam serbu premis jual rokok, minuman keras tak sah di Miri

Advertisement
Sebuah kedai runcit diserbu apabila disyaki jual rokok dan minuman keras tidak sah pada Isnin
Anggota penguatkuasa Kastam memeriksa premis yang diserbu pada Isnin

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menyerbu sebuah rumah kedai di Pujut Corner, Miri yang disyaki menjual rokok dan minuman keras pelbagai jenama tak sah pada Isnin.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam sekitar pukul 5.30 petang.

"Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 2,000 batang rokok dan 45.39 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM323.40 dengan anggaran jumlah cukai RM2,159.07," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seorang individu turut ditahan untuk membantu siasatan.

Kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 di mana jika sabit kesalahan, pesalah akan di denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Orang awam adalah diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan juga lain-lain barang larangan seperti rokok, minuman keras dan mercun,” ujar beliau.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau talian terus Ibu Pejabat JKDM Sarawak di talian 082-472133 atau mana-mana Pejabat Kastam yang berhampiran.
 

Advertisement