Anda di sini

Bomba dua negara bertungkus-lumus padam kebakaran

Advertisement
 Anggota bomba Brunei sedang mempersiapkan keperluan untuk 'water bombing'.
PERSIAP: Anggota bomba Brunei sedang mempersiapkan keperluan untuk 'water bombing'.
 Anggota bomba menggunakan kaedah 'direct attack' bagi memadamkan api sempadan negara. 
KERJA KERAS: Anggota bomba menggunakan kaedah 'direct attack' bagi memadamkan api sempadan negara. 


MIRI: Pasukan bomba kedua-dua negara, Brunei dan Malaysia kini masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di sempadan kedua-dua negara di Kuala Baram di sini, sejak pagi tadi. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata pasukan bomba dari kedua-dua negara masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan masing-masing bagi mengelak api merebak lebih luas. 

Menurut beliau, kebakaran hutan dan tanah gambut di sempadan antarabangsa antara kedua negara Brunei dengan Sarawak itu sudah mulai memasuki kawasan ladang berhampiran Kuala Baram dekat sini. 

"Kita mulai mengesan perkara ini pada pagi Isnin (semalam) selepas penduduk di kawasan Senadin mengadu bau asap. Kita mulai mencari lokasi kebakaran sekitar Miri dan Kuala Baram tetapi tidak menjumpai punca asap kerana di kawasan ini api sudah padam sepenuhnya," katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

 Kebakaran hutan yang menyebabkan asap tebal menyelebungi sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei di Sungai Tujuh
MARAK: Kebakaran hutan yang menyebabkan asap tebal menyelebungi sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei di Sungai Tujuh

Katanya, ia hanya dikesan apabila pasukan peronda tiba di Jambatan Asean dan melihat kepulan asap tebal dari sebelah Sungai Tujuh.

"Pemadaman sedang dilakukan oleh pihak bomba Negara Brunei menggunakan kaedah 'water bombing' dan 'direct attack' di sebelah Brunei dan kaedah 'direct attack' yang sama juga digunakan oleh pasukan Bomba Malaysia dari ladang hingga ke sempadan," ujar beliau lagi. 

Pada masa yang sama, di sebelah Malaysia, pihak ladang berkenaan juga telah membuat halangan api atau “fire break” untuk mengelakkan kebakaran hutan dari merebak ke kawasan ladang.

Law berkata kebakaran ini juga antara punca yang menyebabkan keadaan agak berjerebu dari sempadan hingga ke kawasan Pujut, terutama jalan menuju ke Jambatan Asean yang turut menjejaskan jarak penglihatan. 

 Asap tebal yang menyelubungi ruang udara apabila api mulai merebak ke arah kawasan ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran sempadan.
TEBAL: Asap tebal yang menyelubungi ruang udara apabila api mulai merebak ke arah kawasan ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran sempadan.

Hujan turun seketika sahaja di beberapa kawasan di sini, semalam, tidak mampu untuk menghilangkan jerebu yang mulai menyelubungi bandar raya ini pada sebelah pagi semalam, ekoran kebakaran hutan berlaku di sempadan. 

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen ILP Miri mencatatkan bacaan 66 pada pukul 8 pagi, meningkat kepada 70 pada jam 1 tengah hari.

Manakala bacaan IPU di Miri pula turut mencatatkan peningkatan dari 64 pada 8 pagi kepada 70 pada pukul 1 tengah hari. Bacaan IPU di kedua-dua stesen masih di paras sederhana.

 Kepulan asap dikesan berlaku dari kawasan kebakaran baru di Sungai Tujuh, bersempadan dengan negara Brunei. 
TERBAKAR LAGI: Kepulan asap dikesan berlaku dari kawasan kebakaran baru di Sungai Tujuh, bersempadan dengan negara Brunei. 
  • oleh
  • Advertisement