Anda di sini

MTDC teruskan jelajah Road2Growth di Sabah

Advertisement
NORHALIM (tengah) bersama para pegawai dan peserta bengkel berkenaan.
NORHALIM (tengah) bersama para pegawai dan peserta bengkel berkenaan.

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) meneruskan jelajah Road2Growth 2019 tahun ini ke wilayah Sabah, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Dato Norhalim Yunus berkata, Kota Kinabalu adalah tempat persinggahan keempat selepas Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuantan yang menyaksikan lebih daripada 200 peserta menghadiri setiap sesi.

Katanya, pengendalian jelajah tahunan itu adalah landasan untuk usahawan tekno dan usahawan di wilayah Sabah untuk mendapatkan maklumat berharga mengenai pembiayaan untuk pengkomersilan teknologi dan inovasi serta perkhidmatan yang boleh didapati dari MTDC.

"Acara dua hari ini dihadiri oleh pelajar universiti, penyelidik dan usahawan yang berminat untuk mengetahui tentang pendanaan MTDC, kemudahan inkubator, pemerkasa perniagaan dan program latihan yang dijalankan oleh Akademi Latihan Teknopreneur (TENTRA)," katanya pada majlis MTDC Road2Growth Sabah 2019, di sini pada Isnin.

Norhalim berkata, pada tahun ini, konsep baharu MTDC Road2Growth akan menumpukan kepada pelajar universiti, akademik, usahawan PKS dan orang ramai secara keseluruhan.

"Mereka adalah Pertukaran Teknologi dan Bengkel Pengkomersilan Mini, Bengkel Pemerkasa Perniagaan Mini, produk berasaskan teknologi dan bengkel 14.0," katanya.

Katanya, terdapat juga penyertaan dari rakan-rakan MDTC daripada SME Bank, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Credit Gurantee Corporation (CGC).

Norhalim berkata, TENTRA akan menjalankan Bengkel Pertukaran Teknologi dan Pengkomersilan Mini.

Katanya, landasan pembelajaran yang direka oleh MTDC akan memberikan pemahaman asas mengenai kepakaran teknologi kepada para penyelidik, akademia serta kakitangan pejabat pemindahan teknologi (TTO), terutamanya dalam mengenal pasti peluang dan untuk membantu pemahaman dalam penciptaan awal usaha perniagaan.

Beliau berkata, Bengkel Pemerkasa Perniagaan @Road2Growth (MBA @ R2G) adalah program pemerkasaan yang dijalankan bersempena MTDC Road2Growth 2019.

Katanya, MBA @R2G adalah untuk mengenal pasti inovasi dan projek yang sedia ada untuk dikomersilkan daripada institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan PKS.

"Program ini terdiri daripada bengkel satu hari mengenai Model Perniagaan Kanvas dan teknik berkaitan," katanya.

Menurut Norhalim, dengan kedatangan Industri 40 (4.0) menembusi Malaysia, MTDC melihat keperluan untuk melengkap usahawan dengan pengetahuan dan maklumat untuk kekal relevan di pasaran.

Katanya, Bengkel Mini Industry 4.0 direka untuk memberi pandangan mengenai 14.0 dan tonggaknya.

Beliau berkata, program tahunan itu merupakan landasan untuk usahawan dan ahli akademik khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang mencari pembiayaan untuk pengkomersilan teknologi dan inovasi serta kemudahan inkubator dan program latihan MTDC.

Acara itu juga melihat penglibatan rakan kongsi MTDC dan juga sukarelawan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MTDC akan bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan untuk inisiatif 14.0.

"Kami telah mengenal pasti Kinabalu Coders sebagai rakan strategik kami dan merancang membuka hab 14.0 kami sendiri di Sabah," katanya.

Katanya,  MTDC ingin bekerjasama dengan syarikat-syarikat berkenaan untuk meneroka lebih banyak peluang dalam industri 4.0.

"Kami di MTDC ingin memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang menghadiri program kami. Ini adalah lanjutan untuk perkhidmatan pembiayaan kami di atas perkhidmatan tambah nilai yang kami sediakan seperti mentoring, penasihat teknikal, bantuan kewangan, strategi penjenamaan dan pemasaran, rangkaian, inkubator dan program pemerkasaan," katanya.

Beliau berkata, Persatuan Binaan ICT dan Program Sabah atau lebih dikenali sebagai Kinabalu Coders (KC) adalah gabungan ketua, penganjur dan sukarelawan dari teknologi dan pembuat berkaitan komuniti serta industri tempatan.

"KC menyediakan landasan kepada ahlinya untuk saling bekerjasama, membuat teknologi boleh diakses, berkongsi pengetahuan dan bekerjasama dalam projek komuniti serta organisasi di seluruh Sabah," katanya.

Beliau berkata, sebagai anak syarikat Khazanah Nasional Berhad dan agensi di bawah MESTECC, kerajaan telah mengamanahkan MTDC untuk menguruskan pelbagai dana yang hampir sama sejak Rancangan Malaysia Ketujuh sehingga hari ini.

Katanya, MDTC menawarkan Dana Pengkomersilan, Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF), Dana Pemerolehan Teknologi (TAF), Dana Pertumbuhan Perniagaan (BSF) serta Dana Pembangunan Teknologi Halal untuk membantu syarikat dan usahawan di pelbagai peringkat perniagaan.

"MTDC Road2Growth 2019 adalah bebas dan terbuka kepada usahawan, penyelidik, ahli dewan perniagaan dan persatuan perniagaan serta para pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pembangunan usahawan," katanya.

Sesi berikutnya akan diadakan di Kuching, Sarawak dari 25-26 April.

Advertisement