Anda di sini

Lelaki separa kritikal kereta terbabas sendiri

Advertisement
KEADAAN kereta mangsa akibat terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit.
KEADAAN kereta mangsa akibat terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit.

PAPAR: Seorang pemandu lelaki terselamat selepas kenderaannya terbabas sendiri hingga mengakibatkan kemalangan.

Kejadian terbabit berlaku di Kampung Titimbongon Jalan Padawan di sini kira-kira jam 8.35 malam Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah memaklumkan mangsa dalam keadaan separa kritikal akibat cedera di kepala dan leher.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar membantu mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi dan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tamat sepenuhnya pada jam 8.58 malam.
 

  • oleh
  • Advertisement