Anda di sini

UiTM sekat kemaraan Sarawak

Advertisement
Penyerang Sarawak, Hudson Dias cuba melakukan percubaan sambil diasak pertahanan UiTM FC, Bernard Coulibally pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.
Penyerang Sarawak, Hudson Dias cuba melakukan percubaan sambil diasak pertahanan UiTM FC, Bernard Coulibally pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.


KUCHING: Sarawak gagal mengekalkan momentum kemenangan dalam kempen Liga Premier 2019 apabila dikejutkan UiTM FC, 0-2 di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.


Kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum penyerang import UiTM FC, Zarko Korac yang merembat kencang untuk gol kemenangan pada minit ke-27.

Situasi sedikit tegang selepas pengadil perlawanan, Mohd Hasrul Abdul Rahman membatalkan jaringan Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-34 kerana mendakwa pemain itu berada dalam posisi ofsaid.


Peluang Sarawak untuk menjaringkan gol hadir pada lewat permainan babak pertama (43) namun percubaan penyerang muda, Georgi Kinkladze Tom di hadapan gol sekadar sipi.


Sarawak terus gagal menunjukkan kebangkitan pada babak kedua menyaksikan beberapa peluang gagal disudahkan dengan baik oleh jentera serangan.


Minit ke-64, giliran Abdul Rahim melakukan percubaan di luar petak penalti namun terbang tinggi.


UiTM FC memastikan tiga mata penuh dalam genggaman dengan gol kedua hasil jaringan Robert Waly lopez Mendy pada minit ke-85.

Ia kekalahan kelima Sarawak dari sembilan perlawanan untuk meletakkan pasukan itu di tangga kelapan.


Lawan Sarawak seterusnya pasukan PDRM FA pada Sabtu ini (27 April) di Stadium Negeri, Petra Jaya.



 

  • oleh
  • Advertisement