Anda di sini

Tersilap pijak pedal punca kereta langgar dua motosikal

Advertisement
DUA motosikal dilanggar oleh sebuah kereta apabila pemandu kereta dipercayai tersilap pijak pedal minyak.
DUA motosikal dilanggar oleh sebuah kereta apabila pemandu kereta dipercayai tersilap pijak pedal minyak.

TAWAU: Tersilap pijak pedal, disyaki punca kemalangan sehingga kereta melanggar dua motosikal dan menyebabkan salah seorang penunggang kini berada dalam keadaan koma.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Ladang Brumas, di sini, kira-kira jam 9.40 pagi pada Jumaat membabitkan dua penunggang motosikal, seorang pemandu dan tiga penumpang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Noor Azizulkifli Mansor berkata siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta.

“Pemandu itu dipercayai panik selepas melihat dua motosikal di laluan bertentangan dan mahu memijak pedal brek tetapi terpijak pedal minyak,” katanya, di sini pada Sabtu.

KERETA yang terlibat di dalam kemalangan ini mengalami kerosakan teruk.
KERETA yang terlibat di dalam kemalangan ini mengalami kerosakan teruk.

Noor Azizulkifli berkata mangsa, penunggang motosikal, 30, yang juga bekerja sebagai penjaga stor di ladang berkenaan terpaksa menanggung kecederaan parah.

Menurutnya, mangsa patah tulang paha, patah tulang tangan kanan, patah bahagian tulang muka dan pendarahan di bahagian paru-paru kiri serta dilaporkan dalam keadaan koma.

“Seorang lagi penunggang motosikal, 36, pekerja ladang, tidak mengalami kecederaan, begitu juga pemandu kereta, peniaga jualan langsung, wanita, 49, yang tidak cedera.

“Penumpang, lelaki, 45, tidak cedera, penumpang lain, wanita, 57, luka telinga kiri dan lengan tangan terseliuh, manakala penumpang ketiga, wanita, 20, luka kaki,” katanya.

Mengulas lanjut, siasatan awal polis mendapati kedua-dua penunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke kawasan perumahan pekerja, manakala kereta ke Bandar Tawau.

KEADAAN motosikal mangsa yang turut mengalami kerosakan teruk. 
KEADAAN motosikal mangsa yang turut mengalami kerosakan teruk. 

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan mangsa koma tercampak ke tebing parit, manakala seorang lagi penunggang motosikal sempat mengelak namun terbabas ke parit.

“Kereta terlibat pula terseret sehingga pada jarak kira-kira 100 meter dari kawasan berlaku kemalangan, dan mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.

“Siasatan kes ini masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, serta dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Sjn Razlan Razan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement