Anda di sini

SMK Sacred Heart ungguli kejohanan ragbi MSS Sibu

Advertisement
 Pasukan SMK Sacred Heart merakamkan kenangan selepas menjuarai kejohanan tersebut.
KAMI JUARA: Pasukan SMK Sacred Heart merakamkan kenangan selepas menjuarai kejohanan tersebut.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart mencapai satu lagi kejayaan apabila mereka muncul juara pada kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sibu, baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung di padang SMK Sacred Heart di sini, dianjurkan oleh Kolej Vokasional Sibu.

Melalui sokongan Pejabat Pendidikan Sibu dan Kesatuan Ragbi Daerah Sibu (SDRU), kejohanan itu diharapkan dapat menggilap bakat pemain ragbi baharu yang akan membawa kemasyhuran kepada Sibu.

Kejohanan memberi peluang kepada pemain untuk dipilih menyertai MSS Sibu.

Selepas pemilihan, mereka akan berlatih di padang SMK Sacred Heart sehingga kejohanan peringkat negeri pada Julai nanti.

Pengarah Kolej Vokasional Sibu Musthafa Sepawi, mengucapkan terima kasih kepada SMK Sacred Heart kerana meminjamkan padang sekolah untuk kejohanan ini, sambil berharap lebih banyak sekolah akan menyertai kejohanan tahun depan.

Advertisement