Anda di sini

Pope Francis ketuai perarakan Good Friday

Advertisement
 Pope Francis merestui para penganut Kristian semasa Via Crucis di Colosseum Colosseo, Colisee di Rom, kelmarin. — Gambar AFP
PERARAKAN: Pope Francis merestui para penganut Kristian semasa Via Crucis di Colosseum Colosseo, Colisee di Rom, kelmarin. — Gambar AFP

ROM: Pope Francis kelmarin mengetuai perarakan Via Crucis yang menjadi tradisi minggu Paska di Rom, dan pada tahun ini menggunakan tema perhambaan zaman moden dan pemerdagangan manusia, termasuk pelacur yang menjalankan kerja mereka di jalan-jalan Itali.

Upacara itu, yang berlangsung pada Jumaat Agung dalam kalendar Kristian yang memperingati hari Kristus disalib, mengambil temanya daripada meditasi yang ditulis biarawati Katolik Sister Eugenia Bonetti, yang menghabiskan kebanyakan hidupnya di Afrika dan turut menghadiri upacara tersebut.

Upacara mengetengahkan hamba seks yang digunakan tetapi dikecam masyarakat yang enggan melihat eksploitasi seperti ini.

Teks dibaca dengan nyaring ketika perarakan bergerak menerusi jalan-jalan di Rom dan berakhir di luar Coliseum yang ikonik dan pernah menjadi tapak pembunuhan orang Kristian di bawah Empayar Romawi.

Pope Francis, dalam doa pada hujung upacara, bercakap mengenai “salib mereka yang dahagakan keadilan dan keamanan”.

Kira-kira 20,000 orang Kristian berhimpun di sekeliling panggung udara Romawi yang hebat itu, kebanyakan mereka membawa lilin sambil mengikuti upacara petang itu dengan senyap.

Paus bercakap mengenai mereka yang memikul ‘semua salib dunia’ termasuk mereka yang kelaparan makanan dan kasih sayang dan mereka yang mendapati pintu ditutup kerana ketakutan, serra hati yang ditutup oleh perkiraan politik.

Pemimpin agama dari Argentina itu juga menyebut tentang sekularisasi masyarakat moden di mana orang Katolik percaya kepada Tuhan dan cuba hidup menurut Firman Tuhan, mendapati diri dipinggirkan dan dibuang malah oleh keluarga mereka dan rakan mereka. — AFP

Advertisement