Anda di sini

Polis kesan lelaki tak hadir mahkamah

Advertisement
 

SIBU: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 35 tahun yang dituduh dalam kes pecah amanah Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit melibatkan kerugian sebnayak RM192,101.47

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata individu dicari, Rubin Banta, berdepan dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 27 Februari 2018.

"Bagaimanapun tertuduh telah gagal menghadirkan diri semasa pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kapit pada 22 Mac 2018," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa Kamal berkata waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sibu pada 23 November 2018 ke atas tertuduh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan JSJK Sarawak, ASP Pricha Azin di talian 019-8897640.
 

Advertisement