Anda di sini

Perfect Livin’19 Home Expo tumpuan warga Kuching

Advertisement
 Orang ramai beratur panjang untuk mengunjungi Perfect Livin’19 Home Expo yang menawarkan pelbagai perabot dan perkakasan rumah berkualiti tinggi di BCCK, Kuching.
TERUS JADI IDOLA: Orang ramai beratur panjang untuk mengunjungi Perfect Livin’19 Home Expo yang menawarkan pelbagai perabot dan perkakasan rumah berkualiti tinggi di BCCK, Kuching.

KUCHING: Orang ramai disaran supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi Perfect Livin’19 Home Expo di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang berakhir hari ini.

Menurut kenyataan media semalam, terdapat sebab mengapa masyarakat Kuching menantikan ketibaan ekspo kediaman Perfect Livin di sini.

Ini kerana banyak koleksi jenis produk menarik untuk kediaman daripada perabot dan peralatan elektrik hingga kepada produk pengubahsuian dan hiasan ditawarkan pada harga berpatutan.

Justeru, pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak tawaran  yang hebat serta ganjaran  menarik, baucar wang tunai, hadiah dan cenderamata baharu daripada Perfect Livin pada hari terakhir (hari ini).

Perfect Livin’ 19 Home Expo yang bermula 18 hingga 21 April dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Perfect Livin 19 Home Expo merupakan pameran terbesar gaya hidup selain pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai perabot dan perkakasan rumah berkualiti tinggi.

Advertisement