Anda di sini

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak berpindah ke Kota Kinabalu

Advertisement
 

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (gambar) mengesahkan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Katanya keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim tertinggi negara beberapa bulan lalu.

“Keputusan ini mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu Sapi di sini hari ini.

Menurut Liew, perkara itu tidak harus dipolitikkan kerana ia atas keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang memohon agar pejabat itu dipindahkan ke Kota Kinabalu.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dijangka berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 Mei depan. - Bernama 

Advertisement