Anda di sini

Jangan politikkan keputusan pihak hakim

Advertisement
LIEW
LIEW

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong meminta pihak tertentu agar tidak mempolitikkan keputusan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Beliau menjelaskan pejabat tersebut telah pun beroperasi di Kuching sejak pembentukan Malaysia yang mengurus dan mentadbir semua perkara kehakiman dan mahkamah di dua negeri terbabit.

“Keputusan memindahkan pejabat itu dibuat oleh pihak hakim negara yang membabitkan hakim tertinggi telah pun membuat keputusan itu dalam tempoh dua bulan yang lalu bagi berpindah ke Kota Kinabalu,” katanya.

Liew berkata, keputusan yang dibuat oleh pihak hakim telah mendapat keputusan dari pihak Perdana Menteri.

“Keputusan itu juga telah pun mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerajaan meluluskan keputusan terbabit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan, pada Ahad.

Liew menegaskan ini bukanlah satu isu yang perlu dipolitikkan oleh segolongan pihak yang mengatakan ini disifatkan adalah satu keputusan yang tidak wajar.

“Pihak kerajaan telah pun mendapat menjelasan dari pihak mahkamah, keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah sendiri yang mahu berpindah ke Kota Kinabalu,” katanya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuat kuasa pada 1 Mei 2019.

  • oleh
  • Advertisement