Anda di sini

Dua lelaki seludup ayam sabung ditahan

Advertisement
ANGGOTA PPM menunjukkan ayam sabung yang dirampas semasa cubaan menyeludup masuk oleh suspek ke sini.
ANGGOTA PPM menunjukkan ayam sabung yang dirampas semasa cubaan menyeludup masuk oleh suspek ke sini.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah ayam sabung dan menahan dua lelaki di Jalan Bingolon di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, kejadian dikesan selepas anggotanya menahan sebuah kenderaan kira-kira jam 1 pagi Sabtu semasa Ops Landai Khas dijalankan.

“Apabila diperiksa dua lelaki tempatan terbabit dipercayai menyeludup masuk lapan ekor ayam sabung jenis Texas yang dipercayai dari Filipina.

“Ayam sabung terbabit dipercayai dibawa masuk ke sini sebelum dihantar ke Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, dua suspek masing-masing berumur 30 dan 50 tahun ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, pihaknya turut merampas kereta yang dinaiki suspek dan ayam sabung dengan anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM131,000.

“Ayam sabung akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veteriner dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement