Anda di sini

Abang Khalid kekal sebagai presiden PSS

Advertisement
 Abang Khalid (duduk empat kiri) bersama barisan Exco PSS 2019/2020.
MANTAP: Abang Khalid (duduk empat kiri) bersama barisan Exco PSS 2019/2020.

KUCHING: Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki sekali diberi mandat untuk mengetuai Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS).

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching (PSTBK) mengekalkan kerusi nombor satu itu selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) PSS 2019/2020 di Dewan Rentap, Betong semalam.

Untuk rekod, Abang Khalid memegang jawatan presiden selama tiga penggal berturut-turut iaitu 2015/2016, 2017/2018 dan 2019/2020.

“Jutaan terima kasih kepada semua barisan Exco PSS serta wakil ahli gabungan kerana terus memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Persatuan Sepak Takraw Sarawak.

“Yang pasti mandat yang diberikan ini akan saya balas dengan cuba memberi khidmat terbaik dan paling utama memastikan sukan sepak takraw di Sarawak terus berkembang maju,” katanya ringkas.

Beliau juga berharap barisan Exco PSS akan terus bekerjasama dengannya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden juga kekal milik Dato Ismail Abang Saufi.

Tiga lagi jawatan penting iaitu Naib Presiden I, Naib Presiden II dan Naib Presiden III PSS juga tiada pertandingan dengan menyaksikan tiga nama iaitu Fudin Chee, Abdul Hamid Sulaiman dan Datuk Dr Paruwadi Musa diberi kepercyaan oleh barisan exco yang mencalonkan nama mereka.

Advertisement