Anda di sini

SMK Saratok pertahan gelaran juara Bola Sepak 18TKB MSSM Betong

Advertisement
 Pasukan SMK Saratok berjaya mempertahan kejuaraan dua tahun berturut-turut Kejohanan Bola Sepak 18TKB MSSM Peringkat Bahagian Betong tahun ini.
JUARA: Pasukan SMK Saratok berjaya mempertahan kejuaraan dua tahun berturut-turut Kejohanan Bola Sepak 18TKB MSSM Peringkat Bahagian Betong tahun ini.

KABONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok muncul juara setelah mengenepikan lapan pasukan lain pada Kejohanan Bola Sepak 18 Tahun Ke Bawah (18TKB) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Bahagian Betong, petang kelmarin.

Pada perlawanan akhir itu, SMK Saratok berjaya menewaskan SMK Kalaka 3-0 sekali gus mempertahan kejuaraan dua tahun berturut-turut.

Sementara itu, SMK Kalaka meraih naib juara manakala SMK Saribas dan SMK Spaoh menjadi pemenang tempat ketiga bersama.

Pertandingan empat hari itu diadakan dua lokasi iaitu Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong, dan SKM Kabong.

Pasukan-pasukan berentap ialah SMK Saratok, SMK Kalaka Roban, SMK Kabong, SMK Spaoh, SMK Saribas, SMK St Augustine Betong, Kolej Vokasional Betong, SMK Agama Saratok dan SMK Beladin.

Hadiah pemenang disampaikan Penyalaras Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Saratok (PPDS), Tarmimi Ali dan Penyelaras Kokurikulum PPDS, Tommy Katum.

Advertisement