Anda di sini

Sembilan pelajar cemerlang SMK Taman Tunku menerima insentif

Advertisement
 Ripin menyampaikan sijil dan insentif Universiti Curtin kepada pelajar cemerlang SPM disaksikan Tang (empat kanan) dan Daniel (tiga kanan).
TERUSKAN USAHA: Ripin menyampaikan sijil dan insentif Universiti Curtin kepada pelajar cemerlang SPM disaksikan Tang (empat kanan) dan Daniel (tiga kanan).

MIRI: Sembilan pelajar cemerlang SMK Taman Tunku menerima insentif atas pencapaian membanggakan dalam peperiksaan sekolah pada majlis diadakan baru-baru ini.

Penerima insentif tersebut ialah tiga pelajar terbaik peperiksaan PT3 dan enam pelajar terbaik SPM 2018 yang disampaikan ADUN Lambir Ripin Lamat.

Ripin dalam ucapannya meminta kerjasama ibu bapa untuk menitikberatkan aspek pendidikan anak-anak.

Beliau turut meminta pelajar agar fokus terhadap pelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai prestasi membanggakan.

Selain insentif daripada PIBG, pelajar juga menerima insentif daripada Universiti Curtin, kolej IBS dan Fajar.

Hadir sama Pengetua Tang Cheng Mun dan YDP PIBG Daniel Munyi Philip.

Advertisement