Anda di sini

Sejarah Seberang Hilir bakal diabadi menerusi fotografi

Advertisement
 Dr Abdul Rahman (tengah) ditemani isterinya Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin merakamkan kenangan bersama peserta larian.
AKTIVITI SIHAT: Dr Abdul Rahman (tengah) ditemani isterinya Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin merakamkan kenangan bersama peserta larian.

KUCHING: Gambar yang dihasilkan menerusi pertan-dingan fotografi Darul Hana bakal menjadi bahan sejarah perkampungan Melayu di Seberang Hilir.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sejarah yang terdapat di Seberang Hilir akan ditatap pada masa akan datang menerusi gambar tersebut.

Menurutnya, ia meman-dangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, penduduk kawasan Seberang Hilir akan berhijrah ke penempatan baharu di Darul Hana.

“Sudah pasti gambar ini akan menjadi sejarah dan tatapan generasi akan datang,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Darul Hana di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, pertandingan yang julung kali diadakan tahun ini mendapat sambutan hangat daripada peserta.

Menurutnya lagi, pelbagai gambar menarik berjaya dihasilkan yang menceritakan tentang gaya hidup, ekonomi dan budaya masyarakat Seberang Hilir.

“Kita dapat lihat gambar yang dihasilkan amat menarik dan kreatif. Pelbagai cerita menarik penduduk Seberang Hilir dihasilkan,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman hadir merasmikan Lari-an Keluarga Darul Hana di pekarangan Masjid Darul Hana dan menyempurnakan Inisiatif Bank Makanan Masjid Darul Hana.

Pada majlis itu, beliau berharap golongan yang memerlukan dapat dibantu dan meringankan beban dari segi barangan keperluan asas.

Beliau menyambut baik inisiatif tersebut dalam bersama-sama mewujudkan tempat di mana golongan memerlukan boleh mendapatkan barangan keperluan asas mereka.

Malah tambahnya, inisiatif itu turut menggalakkan golongan berkemampuan menyumbang dan bersedekah kepada golongan memerlukan.

  • oleh
  • Advertisement