Anda di sini

Scotland pecat Alex McLeish

Advertisement
Alex McLeish
Alex McLeish

LONDON: Penggal kedua Alex McLeish sebagai pengurus Scotland berakhir pada Khamis apabila dipecat ekoran kekalahan 3-0 kepada Kazakhstan untuk memulakan kempen kelayakan mereka ke Euro 2020 bulan lepas.

“Pada akhirnya, prestasi dan keputusan pada keseluruhannya sejak setahun lalu – dan khususnya, cara kekalahan di Kazakhstan – tidak menunjukkan kemajuan yang dijangkakan dengan skuad yang kami percaya berupaya untuk mencapai lebih banyak lagi,” ketua eksekutif Persatuan Bola Sepak Scotland (SFA), Ian Maxwell, menyebut dalam satu kenyataan.

McLeish dilantik pada Februari tahun lepas dan membimbing Scotland untuk menduduki tempat teratas dalam kumpulan mereka dalam Liga Negara-Negara.

Bagaimanapun, peringkat kelayakan bermula dengan buruk sekali di Kazakhstan dan kemenangan 2-0 yang tidak meyakinkan ke atas San Marino tiga hari kemudian tidak membantu kes McLeish agar dia dikekalkan.

Scotland tidak pernah layak ke kejohanan besar sejak 1998 tetapi Hampden akan menganjurkan tiga perlawanan di Euro 2020 dan SFA berharap untuk menyegarkan semula kempen kelayakan di bawah pengurusan baharu.

“Kami amat percaya kami memiliki potensi untuk bangkit daripada kekalahan pembukana kumpilan dan mencungkil potensi ksuad pemain yang mengujakan ini bagi baki kempen, selamat dengan pengetahuan bahawa kami juga ada perlawanan play-off sebagai laluan tambahan kepada UEFA Euro 2020,” tambah Maxwell. — AFP

Advertisement