Anda di sini

Ribuan sertai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday

Advertisement
 Revd Canon Roannie mengetuai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday semalam di Gereja St Thomas di Kuching. — Gambar Chimon Upon
UPACARA SEMBAHYANG: Revd Canon Roannie mengetuai upacara sembahyang Jalan Salib sempena Good Friday semalam di Gereja St Thomas di Kuching. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Masyarakat Kristian di seluruh dunia termasuk di bandar raya ini menyertai upacara perarakan sembahyang Jalan Salib di gereja masing-masing semalam sempena Good Friday.

Good Friday atau Jumaat Agung disambut menjelang sambutan Easter Day atau Hari Paska pada Ahad ini.

Di Gereja St Thomas di sini, upacara sembahyang Jalan Salib bermula pada jam 12 tengah hari diketuai Reverend Canon Roannie Cannidy.

Upacara sembahyang tersebut disertai ribuan masyarakat Kristian yang berarak melibatkan 14 perhentian mengelilingi gereja tersebut.

Terdahulu sebelum upacara sembahyang Jalan Salib, diadakan Komuni Suci dan Khutbah pada jam 6.45 pagi diikuti Liturgi Rasmi pada jam 8.15 pagi.

Pada ambang Paska (malam sebelum 21 April), Liturgi Sabtu Kudus akan diadakan diikuti Great Easter Vigil pada sebelah malam dengan menyala lilin Paska dan memperbaharui janji pembaptisan.

Sementara itu, di Gereja St Joseph di sini, upacara sembahyang Jalan Salib hari ini diadakan pada jam 2.30 petang dan 5 petang masing-masing dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Manakala, Gereja St Peter Padungan, Chapel of Mother Mary Stutong dan Gereja Carmelite upacara diadakan pada jam 3 petang.

Pada Good Friday juga, seluruh umat Kristian berpuasa bagi mengingati kesengsaraan yang dilalui Yesus sebelum mati disalibkan bagi menebus dosa manusia.

Advertisement