Anda di sini

Penyerang di lapangan terbang Michigan dipenjara seumur hidup

Advertisement
 FTOUHI
FTOUHI

CHICAGO: Seorang rakyat Kanada yang disabitkan bagi serangan berpisau di sebuah lapangan terbang Michigan pada Khamis dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup untuk apa yang menurut pihak berkuasa adalah satu “misi untuk membunuh” rakyat Amerika Syarikat (AS).

Amor Ftouhi, yang berasal dari Tunisia, telah disabitkan pada November kerana melakukan serangan di lapa-ngan terbang di bandar Flint, selepas datang ke AS dari Quebec pada Jun 2017.

“Bukti ketika perbicaraan menunjukkan bahawa Ftouhi mempunyai “misi” untuk membunuh seramai mungkin anggota penguatkuasa undang-undang AS dalam satu tindakan jihad kejam,” kata peguam AS Matthew Schneider dari Daerah Michigan Timur dalam satu kenyataan.

Ftouhi melakukan beberapa cubaan yang gagal untuk membeli senjata api sebelum serangan, dan kemudian memilih untuk melakukan serangan dengan sebilah pisau, menuru pihak berkuasa.

Pada 20 Jun, empat hari selepas dia memasuki AS, bapa kepada tiga anak dan berusia 51 tahun itu telah menghampiri seorang anggota polis lapangan terbang dan menikam beliau sebanyak dua kali di bahagian leher.

Anggota polis itu terse-lamat.

Pihak berkuasa menyatakan Ftouhi hanya mahu mencuri senjata anggota polis tersebut dan menembak yang lain di lapangan terbang.

Semasa serangan, Ftouhi merujuk pembunuhan di Syria, Iraq dan Afghanistan serta melaungkan “Allahu Akbar,” kata pihak berkuasa.

Hakim Daerah AS yang berpusat di Flint, Matthew Leitman menjatuhkan hukuman maksimum penjara se-umur hidup terhadap Ftouhi bagi dakwaan melakukan satu tindakan keganasan melangkaui sempadan negara dan dua kesalahan lain berhubung dengan serangan.

“Hukuman pada hari ini menunjukkan tahap bahaya ekstrem dan perlunya untuk menghalang dia daripada tindakan keganasan selanjutnya pada masa akan datang,” kata Schneider. — AFP

Advertisement