Anda di sini

Pengawal pantai AS rampas 8 tan dadah di perairan antarabangsa

Advertisement
 Gambar sumbangan Pengawal Pantai AS menunjukkan kakitangannya memunggah dadah yang dirampas di Port Everglades, Florida pada Khamis. — Gambar AFP
RAMPAS DADAH: Gambar sumbangan Pengawal Pantai AS menunjukkan kakitangannya memunggah dadah yang dirampas di Port Everglades, Florida pada Khamis. — Gambar AFP

MIAMI: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) memunggah muatan dadah seberat lapan tan yang bernilai AS$62.5 juta pada Khamis di sebuah pelabuhan di negeri tenggara Flo-rida, setelah merampasnya di perairan antarabangsa di luar pantai Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kargo tersebut – hampir 14,000 paun ganja dan 3,600 paun kokain, masing-ma-sing bernilai AS$12.5 juta dan AS$50 juta – telah dipunggah keluar di Port Everglades di Fort Lauderdale, di utara Miami.

Dadah tersebut dirampas dalam lima operasi berlainan dari beberapa bot yang disyaki menyeludup narkotik, kata Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan.

“Ia adalah melalui lara-ngan rasmi yang berjaya, seperti apa yang kami punggah hari ini, yang memberi kesan kepada organisasi jenayah ini,” kata Leftenan Komander Pengawal Pantai AS Andrew Dennelly.

Dalam tahun fiskalnya pada 2017, Pengawal Pantai AS merampas lebih 223.8 tan metrik kokain sahaja, satu peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan. — AFP

Advertisement