Anda di sini

Peletakan jawatan Pengurus Besar STB tiada kaitan politik

Advertisement
PENGUNJUNG dan warga sekolah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat semasa Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart.
PENGUNJUNG dan warga sekolah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat semasa Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew nafi kabar angin yang mendakwa peletakan jawatan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani baru- baru ini, ada kaitan politik.

Jelasnya, keputusan itu adalah urusan dalaman STB yang sudah dibincangkan dan dimuktamadkan oleh Lembaga Pengarah STB dan perlu diterima.

"Saya tidak terfikir ia (peletakan jawatan) Suzaini bersifat politik kerana saya sudah menjadi Menteri Pelancongan selama 10 bulan.

" Jadi macam mana ia boleh menjadi politik? Bagaimanapun, ini adalah urusan dalaman ... Keputusan itu datang dari ahli lembaga STB dan saya menghormati keputusan itu, "katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Hari Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, di sini.

Christina yang juga merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar itu berkata, jawatan itu kini diambil alih oleh Timbalan Pengurus Besar STB Noredah Othman.

Katanya, Noredah adalah individu yang direkomen oleh lembaga STB kepada beliau yang sesuai menggantikan posisi Suzaini bagi mengetuai lembaga berkenaan.

" Dia (Noredah) sudah berkhidmat di beberapa jabatan di bawah kementerian dan telah berkhidmat selama 29 tahun.

"Sebelum pelantikannya sebagai pengurus besar, dia sudah menjadi timbalan pengurus besar selama empat atau lima tahun yang lalu.

" Saya percaya dia akan dapat memikul tugas itu dan kini kita hanya memfokus untuk maju ke hadapan dengan pengurus yang baharu ini," katanya.

Mengenai program pula, beliau berkata, ia satu usaha yang baik yang mana dapat mendekatkan pemimpin bersama rakyat sekaligus dapat mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi secara bersemuka.

Selain itu katanya, pengisian program yang bermanfaat seperti pameran berkaitan isu kesihatan, kemalangan jalan raya dan dadah juga akan memberi pendedahan dan kesedaran kepada rakyat bagi menjalani gaya hidup sihat dan teratur.

Justeru, beliau berharap program seumpama itu akan terus dianjurkan oleh mana- mana agensi dengan kerjasama kerajaan negeri.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Kemas Sabah Muhammad Abu Bakar dan Guru Besar SK Sacred Heart Tony Ong.

  • oleh
  • Advertisement