Anda di sini

Kejuaraan Serie A ke-8 pengubat duka Juve

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan pemain Juventus sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Juventus di Turin pada awal bulan lalu. — Gambar Reuters
DEKATI KEJUARAAN: Gambar fail menunjukkan pemain Juventus sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Juventus di Turin pada awal bulan lalu. — Gambar Reuters

MILAN: Juventus menutup lembaran bagi satu lagi kekecewaan dalam Liga Juara-Juara untuk memberi tumpuan kepada usaha memenangi kejuaraan Serie A kelapan berturut-turut di tempat sendiri pada malam ini (Sabtu).

Pasukan Massimiliano Allegri menerima kunjungan Fiorentina dengan memerlukan hanya satu lagi mata sahaja untuk menjulang piala Scudetto buat kali ke-35, beberapa hari sahaja selepas kekalahan 2-1 yang mengejutkan (untuk agregat 3-2) ke atas Ajax.

Gergasi Turin itu memenangi Scudetto lebih banyak berbanding mana-mana pasukan lain di Itali manakala AC Milan dan Inter Milan ketinggalan di tempat kedua masing-masing dengan 18 mata.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali Cristiano Ronaldo terpaksa berpuas hati dengan kejuaraan Serie A dalam musim pertamanya di Itali selepas dia gagal untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara keenam bagi dirinya.

Pemain berusia 34 tahun itu begitu sedih sekali ekoran kekalahan kepada Ajax dan sejak itu dia senyap dalam media sosial, selepas hatriknya yang menakjubkan pada peringkat 16 terakhir ketika menentang Atletico Madrid, dan dua tandukan dalam dua perlawanan suku akhir menentang Ajax ternyata tidak memadai.

“Dia memberitahu saya, dia tidak melakukan keajaiban,” kata ibunya Dolores Aveiro kepada media Portugis.

“Dia sedih. Dia ingin sekali mara ke peringkat akhir tetapi itu akan berlaku lain kali.”

Juventus dapat menyamai rekod bagi masa terawal kejuaraan dimenangi dengan baki lima perlawanan yang dicapai oleh Torino in 1948, Fiorentina pada 1956 dan Inter Milan pada 2007.

Juventus memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam Serie A di tempat sendiri ke atas Fiorentina, tetapi jurulatih Vincenzo Montella pasti mahu membuat kejutan selepas dia kembali ke kerusi panas di Tuscany.

Fiorentina sudah bermain dalam lapan perlawanan tanpa kemenangan dan sudah jatuh ke tempat ke-10, 13 mata di bawah tempat kelayakan ke Liga Europa.

“Saya menjangkakan pasukan Juve yang garang ekoran penyingkiran mereka dari Liga Juara-Juara, seperti semua pasukan hebat, mereka biasa menutup lembaran dan bermula lagi dengan cepat,” kata Montella.” — AFP

Advertisement