Anda di sini

Keganasan meningkat di Darfur selepas presiden Sudan diguling: Utusan PBB

Advertisement
 Anggota tentera Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan                 di Khartoum pada Khamis. — Gambar Reuters
TURUT BERDEMONSTRASI: Anggota tentera Sudan melaungkan slogan semasa demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan di Khartoum pada Khamis. — Gambar Reuters

NEW YORK: Ketua misi pe-ngaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Ke-satuan Afrika di Darfur memaklumkan Majlis Keselamatan badan dunia itu pada Rabu bahawa keganasan meningkat di rantau itu selepas tentera Sudan menggulingkankan Presiden Omar al-Bashir, lapor agensi berita Xinhua.

“Keselamatan di seluruh wilayah bergolak Darfur di Sudan telah merosot sejak pengambilalihan oleh tentera di Khartoum pada minggu lalu,” kata Jeremiah Mama-bolo, wakil khas bersama bagi Operasi Hibrid PBB-Kesatuan Afrika di Darfur (UNAMID).

Misi pengaman di Darfur “sentiasa berjaga-jaga” dalam mendepani keganasan yang semakin meningkat, katanya.

Mamabolo berkata seorang jeneral tentera telah diusir keluar dari pejabat susulan tunjuk perasaan berterusan, perintah berkurung harian kini telah ditarik balik dan tahanan politik dijangka dibebaskan, dengan gencatan senjata dilaksanakan di seluruh negara.

“Semalam, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara telah digantikan,” katanya sambil menambah bahawa pemimpin tentera yang baharu, Abdel-Fattah Al-Burhan, telah mengumumkan satu “fasa peralihan ketenteraan,” yang akan berlanjutan se-hingga dua tahun paling lama, sebelum kuasa diserah kepada kawalan awam.

Bagaimanapun tunjuk pe-rasaan masih berterusan, kata-nya, dan menyatakan bahawa sesetengah penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Darfur, di mana tindakan ketenteraan diambil oleh bekas presiden terhadap orang awam dan menyebabkan beliau berdepan pertuduhan melakukan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa sedekad lalu, telah “melakukan tindakan ganas” dengan menyasarkan lokasi kerajaan dan mereka yang dilihat sebagai kolaborator bekas rejim. — Bernama

“Saya memberi jaminan kepada Majlis Keselamatan bahawa susulan semua perkembangan ini, UNAMID sentiasa berjaga-jaga dan mengekalkan sikap yang teguh, terutama di kawasan Jebel Marra di mana kita mempunyai anggota tentera pengaman,” katanya. — Bernama

Advertisement