Anda di sini

‘FOREVER MINE’ single terbaharu Sophia Fredskild

Advertisement
__alt__

BINTANG yang semakin meningkat naik, Sophia Fredskild kini kembali dengan sebuah single baharu berjudul ‘Forever Mine’.

Lagu ini yang juga merupakan single Inggeris terbarunya telah pun dilancarkan pada 29 Mac 2019 lalu. Ia merupakan sambungan kepada lagunya yang terdahulu iaitu ‘Waiting For Love’ dan versi Melayu berjudul ‘Menanti Cinta’.

‘Forever Mine’ adalah lagu kedua dalam trilogi lagu-lagunya menceritakan kisah cinta remaja.

Kali ini, kisahnya membawa kepada Sophia yang akhirnya menemui jejaka pilihannya untuk selama-lamanya. Atas dasar itu lagu ini dinamakan ‘Forever Mine’.

Ia mencoretkan detik dia bertentang mata dengan jejaka tersebut buat pertama kali dan perasaannya yang berasa malu serta gementar acap kali bersua kerana dia sudah sering mengimpikan kehadiran lelaki itu.

Video muzik lagu ini menterjemahkan mesej lagu dan menunjukkan Sophia dalam beberapa era berbeza sebagai simbol bahawa dia ingin bersama jejaka tersebut selamanya, di setiap tahun, abad dan era.

Ia juga telah dirakam di pelbagai lokasi termasuk sebuah salun rambut, sebuah taman dan beberapa babak di depan layer hijau untuk menggambarkan era-era yang berbeza.

Versi Bahasa Melayu lagu ini bertajuk ‘Cinta Selamanya’ dan akan dilancarkan sekitar bulan Julai pada tahun ini.

Advertisement