Anda di sini

46 pengedar, penagih dadah ditahan sepanjang seminggu

Advertisement
SEBAHAGIAN dari individu yang ditahan selepas didapati melanggar undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952.
SEBAHAGIAN dari individu yang ditahan selepas didapati melanggar undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952.

KOTA KINABALU: Seramai 46 individu ditahan dalam beberapa siri operasi dalam tempoh seminggu yang dijalankan di beberapa kawasan termasuk Likas, Manggatal dan sekitar kawasan bandaraya di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, operasi bermula 13 hingga 19 April itu berjaya menahan 36 warga tempatan dan selebih 10 yang lain adalah warga asing.

“Hasil operasi berjaya menahan tiga individu mengikut kesalahan kategori bekalan dan pengedaran, 11 memiliki dadah manakala 32 yang lain positif dadah selepas ujian urin dijalankan terhadap mereka.

“Sepanjang tempoh operasi dijalankan anggota serbuan berjaya merampas 50.31 gram ganja, 12.12 gram ecstasy dan 7.21 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM4,050 mengikut harga pasaran semasa,” katanya.

George berkata, bagi memperkasakan lagi operasi pembanterasan dadah ini pihaknya berjaya mengadakan 19 kali Ops Tapis dan berjaya menahan lima penagih dikehendaki semasa Ops Sarang di kawasan Likas.

Katanya, operasi akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kesejahteraan penduduk di daerah ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.

  • oleh
  • Advertisement