Anda di sini

Saintis temui fosil dinosaur berusia 220 juta tahun di barat Argentina

Advertisement
 Gambar serahan yang dikeluarkan oleh Institut dan Muzium Sains Asli (IMCN) Universiti San Juan ini menunjukkan Martinez duduk di sisi fosil dinosaur berusia 220 juta tahun             di Taman Negara Ischigualasto dalam wilayah San Juan, Argentina pada 8 April lalu. — Gambar AFP
PENEMUAN PENTING: Gambar serahan yang dikeluarkan oleh Institut dan Muzium Sains Asli (IMCN) Universiti San Juan ini menunjukkan Martinez duduk di sisi fosil dinosaur berusia 220 juta tahun di Taman Negara Ischigualasto dalam wilayah San Juan, Argentina pada 8 April lalu. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Sebuah tapak yang mengandungi tulang-temulang fosil hampir 12 dinosaur berusia 220 juta tahun telah dijumpai di barat Argentina, kata penyelidik pada Rabu.

“Terdapat hampir 10 individu berlainan, ia adalah himpunan tulang yang besar, langsung tiada mendapan,” kata pakar paleontologi dari Argentina, Ricardo Martinez. “Ia sangat mengagumkan.”

Menurut Martinez, dari Universiti San Juan, fosil tersebut dianggarkan berusia 220 juta tahun, milik “era yang kita tahu sedikit sahaja mengenainya”.

“Penemuan ini lebih-lebih lagi penting kerana terdapat sekurang-kurangnya tujuh atau lapan individu ‘dicynodont’, moyang mamalia, dengan saiz sebesar lembu jantan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga tulang-temulang archosaur, reptilia yang mungkin moyang buaya besar “yang kita belum tahu mengenainya lagi”.

Penemuan itu dibuat pada September tahun lepas dalam wilayah San Juan, kira-kira 1,100 kilometer ke barat Buenos Aires.

Tapak itu mempunyai garis pusat antara satu hingga dua meter dengan kedalaman sama, yang mendorong saintis untuk membuat spekulasi bahawa ia adalah bekas tempat minum air pada waktu kemarau teruk, dan makhluk tersebut mati kerana kelemahan di tempat itu.

Argentina mempunyai sumber fosil yang kaya dari era-era Triasik, Jurasik dan Kretaseus selama ini – keba-nyakannya makhluk yang tidak dapat dijumpai di hemisfera utara. — AFP

Advertisement