Anda di sini

Penunjuk perasaan Nicaragua ingkari larangan protes

Advertisement
 Penunjuk perasaan melaungkan slogan sewaktu perarakan untuk memperingati ulang tahun setahun protes menentang Ortega di Managua, Nicaragua pada Rabu. — Gambar AFP
SUARA KEMARAHAN: Penunjuk perasaan melaungkan slogan sewaktu perarakan untuk memperingati ulang tahun setahun protes menentang Ortega di Managua, Nicaragua pada Rabu. — Gambar AFP

MANAGUA: Pembangkang di Nicaragua berkata sekurang-kurangnya 67 orang ditangkap selepas mereka tidak mempeduli-kan larangan protes dan polis rusuhan yang ramai di jalan-jalan Managua untuk memperingati ulang tahun pertama pemberontakan berdarah menentang Presiden Daniel Ortega.  

Perikatan pembangkang Perpaduan Kebangsaan Biru dan Putih (UNAB) berhimpun di selatan ibu kota, dengan rancangan untuk berarak ke pusat, tetapi tidak berbuat demikian disebabkan oleh kehadiran polis yang ramai.

“Rakyat tidak akan tewas,” laung penunjuk perasaan.

“Kebebasan bagi tahanan politik,” tambah mereka dari satu bulatan di selatan ibu kota.

Wartawan Abixael Mogollon dari laman sesawang ‘Articulo 66’ merupakan antara mereka yang ditangkap ketika bersiaran secara langsung dari lokasi protes, kata UNAB.

Pengarah Articulo 66, Alvaro Navarro, berkata Mogollon dibebaskan beberapa jam kemudian, tetapi hanya selepas dia dipukul dan peralatannya dirampas.

Enam daripada mereka yang ditangkap telah dibebaskan, menurut pembangkang.

Tunjuk perasaan bermula pada 18 April tahun lepas, pada awalnya untuk membantah pembaharuan pencen yang kini sudah dibatalkan.

Tindakan kejam oleh tentera Ortega dalam tempoh empat bulan seterusnya mengorban-kan 325 orang, meletakkan 800 lagi dalam penjara dan menyebabkan ribuan hidup dalam buangan.

UNAB telah membuat pe-ngumuman untuk berdemonstrasi di bawah slogan: “Semua kita adalah April.”

Polis mengepung penunjuk perasaan dan wartawan yang membuat liputan mengenai demonstrasi itu di tengah-tengah suasana yang begitu tegang, kata pemberita AFP.

Polis melarang rapat umum itu, dengan dakwaan bahawa penganjur sudah “dibabitkan dalam masalah ketenteraman awam yang serius” dan memberi amaran kepada “mereka yang mahu memusnahkan keamanan”.

Pada pagi Rabu, polis bersenjata dan kumpulan separa tentera mengambil kedudukan strategik di ibu negara, di mana jalan-jalan lengang kerana Minggu Suci yang akan berakhir dengan Paska.

Pada Selasa, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Michelle Bachelet, menyeru kepada “pihak berkuasa untuk mengambil langkah bagi mengelak penggunaan kekerasan yang ke-terlaluan”.

Seorang pelajar yang juga anggota UNAB, Dolly Mora, memberitahu AFP: “Kami tahu mereka (polis dan kumpulan separa tentera) akan menindas” penunjuk perasaan, tetapi menambah dia berharap “mereka tidak akan menembak atau menggunakan keganasan yang tidak rasional”.

Penganjur telah menasihatkan penunjuk perasaan untuk bergerak dalam kumpulan dengan minimum 10 orang dan menyediakan awal laluan lari-an dan tempat perlindungan mereka.

Semua demonstrasi sudah dilarang sejak September tahun lepas.

Ia merupakan sebab utama kenapa rundingan damai di antara kerajaan Ortega de-ngan perikatan pembangkang Pakatan Sivik yang dianggotai pelajar, tokoh perniagaan, petani miskin dan kumpulan masyarakat madani gagal dua minggu lepas setelah meng-adakan rundingan selama sebulan.

Pada 20 Mac lalu, dan ekoran ugutan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan, kerajaan berikrar untuk membebaskan semua tahanan politik dalam tempoh 90 hari, tetapi 600 masih berada dalam penjara.

Ortega juga berkeras enggan menyokong satu tuntutan penting daripada pembangkang untuk meletak jawatan dan mengadakan lebih awal pilihan raya yang dijadualkan pada 2021.

Pembangkang menuduh bekas ketua gerila haluan kiri berusia 73 tahun itu, yang mula-mula memegang kuasa pada 1979 ekoran kejatuhan pemerintahan kuku besi keluarga Somoza yang disokong oleh Amerika Syarikat, mencabul hak asasi manusia dan mempamerkan kepimpinan kuku besi. — AFP

Advertisement