Anda di sini

Nelayan Vietnam ceroboh perairan Labuan ditangkap

Advertisement
SEBAHAGIAN tangkapan ikan nelayan asing di perairan Labuan.
SEBAHAGIAN tangkapan ikan nelayan asing di perairan Labuan.

LABUAN: Pemeriksaan Jabatan Perikanan dan Pasukan Polis Marin ke atas 64 vesel nelayan dalam operasi kolaborasi tiga hari perairan di sini mendapati enam pelanggaran pelbagai peraturan melibatkan vessel tempatan dan asing.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata, operasi yang melibatkan 40 anggota pelbagai pangkat itu melakukan pemeriksaan di perairan Labuan dan utara, Sipitang serta Lawas.

“Proses siasatan bagi enam kes telah dijalankan melibatkan tiga vessel tempatan atas kesalahan melanggar syarat pelesenan di mana dua kes telah dikenakan kompaun,” katanya ketika sidang media di Jeti Pangkalan Perikanan di sini hari ini.

Faizal menambah, tiga liga kes dalam siasatan melibatkan satu vessel tempatan dan dua vessel asing.

“Vessel asing akan didakwa kerana menceroboh perairan negara di samping dakwaan di bawah akta imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Nelayan asing yang ditangkap dipercayai dari Vietnam.

Sementara itu Timbalan Komander (operasi/risik) Polis Marin Bukit Aman ACP Hassan Basri Mohd Safar berkata, dalam operasi itu pihaknya melihat aspek ancaman pengganas, pembanterasan pencerobohan, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan penggunaan orang asing di kalangan nelayan tempatan.

Turut serta polis marin dalam operasi itu ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketika ini nelayan asing bersama vessel dan tangkapan mereka sedang ditahan untuk proses pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement