Anda di sini

Kerjasama dengan KPLB Persekutuan diperkasa untuk dapatkan peruntukan tambahan PPRT

Advertisement

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus memperkasa kerjasama dengan KPLB Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan tambahan bagi membina rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) tahun ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, usaha itu bagi menangani keperluan sebenar rumah PPRT di Sabah.

" Ini termasuklah syor kementerian bagi Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) pada tahun hadapan, iaitu sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah PPRT Bina Baharu dilaksanakan di Sabah.

"Kita telahpun menghantar syor ini melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah," katanya ketika menggulung usul sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, tahun ini sahaja, sebanyak 445 rumah PPRT Bina Baharu telah diperuntukkan bagi negeri ini, dan sejumlah 225 buah akan dilaksanakan dalam fasa 1.

Katanya, sebanyak 1,740 buah PPRT Baik Pulih pula akan dilaksanakan oleh KPLB Persekutuan melalui agensi GiatMara.

Berhubung isu keciciran peserta yang layak menerima bantuan rumah PPRT, kementeriannya amat mengambil maklum masalah itu yang berpunca daripada agihan peruntukan dari kerajaan Persekutuan yang terhad.

" Saya mengakui ini adalah cabaran yang perlu dihadapi kerana mengikut statistik kemiskinan negeri Sabah setakat 1 April 2019, masih terdapat sebanyak 75, 414 orang yang berdaftar dengam e- Kasih.

" Jumlah itu melibatkam 18, 076 tergolong dalam kategori miskin tegar, 20, 259 kategori miskin dan 37,079 terkeluar. Inilah jumlah yang sebenarnya memerlukam pembelaan rumah PPRT," katanya.

Tambahnya, peruntukan yang tersedia juga akan digunakan bagi menyediakan rumah-rumah PPRT khusus untuk peserta -peserta Mini Estet Sejahtera (MESEJ).

" Tiga kawasan MESEJ yang dicadangkan pada tahun lalu, iaitu MESEJ Mansalu Ranau, MESEJ Tukar Pitas dan MESEJ Timpangoh Laut Penampang.

"Pemilihan kawasan MESEJ untuk pembinaan rumah peserta ini memgambil kira tanaman ladang yang sudah boleh dituai atau mengeluarkan hasil," katanya.

  • oleh
  • Advertisement