Anda di sini

Gempa bumi 6.0 landa Taiwan, gegar bangunan di Taipei

Advertisement
 Jalan utama di bahagian tengah Taipei, Taiwan kelihatan merekah selepas gempa bumi pada Khamis. — Gambar Reuters
AKIBAT GEGARAN: Jalan utama di bahagian tengah Taipei, Taiwan kelihatan merekah selepas gempa bumi pada Khamis. — Gambar Reuters

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.0 melanda Taiwan pada Khamis, kata Jabatan Survey Geologi Amerika Syarikat, yang menggegarkan bangunan dan mengganggu lalu lintas.

Di ibu kota Taipei, bangunan pencakar langit bergoyang dengan kuat manakala bebe-rapa kanak-kanak sekolah yang panik lari dari bilik kelas di daerah timur Yilan, menurut laporan.

Media tempatan berkata gempa itu dirasai di seluruh pulau dan sebatang lebuh raya yang menghubungkan Yilan dengan Hualien ditutup disebabkan oleh batu besar yang jatuh.

Gempa bumi berlaku pada jam 13.01 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 19 kilometer di wilayah timur Hualien. Tiada laporan segera diterima mengenai kematian.

Biro cuaca pusat di pulau itu menganggarkan gempa bumi berukuran 6.1.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran bahawa orang yang tinggal dekat pantai dapat memerhatikan beberapa kesan ke atas paras laut, tetapi berkata tsunami tidak akan berlaku.

“Disebabkan oleh gempa bumi ini, kawasan pantai Jepun mungkin menyaksikan sedikit perubahan pada permukaan lautan, tetapi tiada kebimbangan mengenai kerosakan,” kata agensi itu.

Hualien dilanda gempa bumi berukuran 6.4 pada tahun lepas yang mengorbankan 17 orang. — AFP

Gegaran terburuk di pulau itu sejak beberapa dekad lalu adalah gempa berukuran 7.6 pada September 1999 yang mengorbankan kira-kira 2,400 orang. — AFP

Advertisement