Anda di sini

34 rekod baharu dicatat pada kejohanan renang PASC

Advertisement
 Voon (dua kiri) bersama jurulatih dan penerima anugerah perenang terbaik PASC pada kejohanan baru-baru ini.
TAHNIAH: Voon (dua kiri) bersama jurulatih dan penerima anugerah perenang terbaik PASC pada kejohanan baru-baru ini.

KUCHING: Kejohanan renang antara sekolah rendah kali keempat Kelab Renang Power Aquatics (PASC) yang berlangsung baru-baru ini di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini berjaya mencatatkan 34 rekod baharu daripada 100 acara yang dipertandingkan.

Daripada 33 sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, 22 daripadanya memenangi pingat.

“Kami amat bangga melihat pencapaian tahun ini kerana setiap tahun ada penambahan dalam rekod baharu dan penambahan bilangan penyertaan sekolah.

“Kami juga bangga dengan kelab kami kerana tujuh atlet kami menang anugerah perenang terbaik daripada 12 kategori,” kata Penasihat kelab Voon Yong Hui dalam kenyataan.

Voon turut menyatakan harapan beliau untuk melihat lebih ramai penyertaan tahun depan dan pada masa sama yakin lebih banyak rekod baharu akan dicipta.

Tujuh perenang PASC yang memenangi anugerah perenang terbaik adalah Casper Tan (Lelaki Tahun Enam), Darren Leong (Lelaku Tahun Lima), Dylan Leong (Lelaki Tahun Empat), Janice Tan (Perempuan Tahun Empat), Gayden Mineve Chin (Lelaki Tahun Tiga), Max Chew (Lelaki Tahun Satu) dan Charissa Ang (Perempuan Tahun Satu).

Voon turut menyatakan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee atas sokongan kepada pertandingan baru-baru ini.

Advertisement