Anda di sini

29 pelancong Jerman maut di Pulau Madeira, Portugal

Advertisement
 Anggota bomba membantu mangsa bas pelancongan yang mengalami kemalangan pada Rabu di Caniço, di Pulau Madeira, Portugal. — Gambar AFP
KEMALANGAN DAHSYAT: Anggota bomba membantu mangsa bas pelancongan yang mengalami kemalangan pada Rabu di Caniço, di Pulau Madeira, Portugal. — Gambar AFP

CANICO: Seramai 29 pelancong Jerman maut apabila bas mereka terbabas dari jalan dan jatuh ke bawah sebuah cerun sebelum ia merempuh sebuah rumah di Pulau Madeira, Portugal.

Rakaman dron bagi keadaan selepas kemalangan itu me-nunjukkan bangkai bas yang remuk teruk dan bersandar dalam keadaan terbalik dan berbahaya pada sebuah bangunan di lereng bukit, sebahagian bumbung bas renyuk dan tingkap depan pecah.

Penyelamat merawat penumpang yang cedera dalam semak-samun di mana bas berhenti, ada di antaranya dengan balutan kepala yang berdarah dan baju berlumuran darah, ada yang kelihatan cedera lebih serius.

Pihak berkuasa tempatan berkata kebanyakan mangsa yang terkorban dalam lingku-ngan usia 40-an dan 50-an.

Mereka adalah antara lebih sejuta pelancong yang melawat kepulauan Atlantik di perairan pantai Maghribi setiap tahun, yang tertarik dengan iklim sub-tropika dan permukaan bumi gunung berapi yang lasak.

“Berita buruk datang kepada kita dari Madeira,” seorang jurucakap kerajaan Jerman tweet selepas nahas berlaku.

“Kita rasa begitu sedih sekali mengenai mereka yang kehilangan nyawa dalam nahas bas itu, fikiran kita bersama mangsa yang cedera,” tambahnya.

Pelancong Jerman me-rupakan kumpulan kedua terbesar selepas pelancong Britain yang melawat kepulauan berkenaan – dikenali sebagai Mutiara Lautan Atlantik dan Taman Terapung di Lautan Atlantik – pada 2017, menurut pejabat pelancongan Madeira.

Pulau-pulau di sana mempunyai hanya 270,000 penduduk sahaja.

Filipe Sousa, datuk bandar Santa Cruz di mana nahas itu berlaku, berkata 17 wanita dan 11 lelaki maut dalam nahas itu, manakala 21 lagi cedera.

Seorang doktor memberi-tahu pemberita bahawa seorang lagi wanita meninggal dunia di hospital akibat kece-deraan yang dialaminya.

“Saya menyuarakan kese-dihan dan solidariti semua rakyat Portugal pada waktu yang tragis ini, dan terutama-nya bagi keluarga mangsa yang saya telah dimaklumkan adalah semua warga Jerman,” kata Presiden Marcelo Rebelo de Sousa kepada televisyen Portugal.

Beliau berkata beliau akan pergi ke Madeira pada sebelah petang.

Perdana Menteri Portugal Antonio Costa menambah dalam Twitter bahawa beliau sudah menghubungi Canselor Jerman Angela Merkel untuk menyampaikan ucapan takziah.

“Saya mendengar tentang kemalangan di Madeira de-ngan rasa yang amat sedih sekali,” dia menulis dalam laman Twitter kerajaan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kesedihan saya kepada Can-selor Angela Merkel pada waktu yang sukar ini,” tambahnya.

Jabatan perlindungan wi-layah di Madeira mengesahkan 28 kematian dalam kemala-ngan yang berlaku pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) Rabu, manakala pihak berkuasa hospital berkata seorang lagi wanita meninggal dunia kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Bas terbabit membawa kira-kira 50 penumpang.

Naib Presiden Kerajaan Wilayah Pedro Calado berkata ia terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas itu, dan menambah bas terbabit berusia lima tahun dan “segalanya dipercayai berjalan dengan baik”.

Pihak berkuasa kehakiman telah membuka siasatan ke atas keadaan di sebalik nahas itu, kata pejabat pendakwa raya Madeira kepada agensi berita Lusa.

Pasukan perubatan telah dihantar dari Lisbon untuk membantu kakitangan tempatan menjalankan bedah siasat ke atas mangsa yang terkorban. — AFP

Advertisement