Anda di sini

Ujian 5G di Cyberjaya, Putrajaya akan diteruskan enam bulan lagi

Advertisement
 
 

PUTRAJAYA: Ujian teknologi 5G di Cyberjaya dan Putrajaya, yang bermula awal bulan ini akan disambung enam bulan lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata Cyberjaya dan Putrajaya adalah lokasi syarikat telekomunikasi dan lain-lain peserta industri memeriksa dengan teliti keupayaan teknologi 5G ini.

“Ujian ini adalah penting untuk kami menentukan kaedah terbaik menggunakan pembangunan teknologi baharu ini di masa hadapan,” katanya pada pelancaran pameran Malaysia 5G, di sini hari ini. - Bernama 

Advertisement