Anda di sini

Tiga rumah, motosikal dan kereta terbakar

Advertisement
API marak yang memusnahkan tiga rumah, motosikal dan kereta di Kg Kawang Lama Jalan Papar.
API marak yang memusnahkan tiga rumah, motosikal dan kereta di Kg Kawang Lama Jalan Papar.

PAPAR: Beberapa keluarga bukan hanya kehilangan tempat tinggal selepas tiga rumah terbakar malah sebuah kereta dan tiga motosikal turut musnah dalam kejadian di Kampung Kawang Lama Jalan Papar, di sini Rabu malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Roslie Jun berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.10 malam dan menggegaskan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya skala kebakaran yang agak besar menyebabkan pihaknya mendapatkan bantuan daripada pasukan BBP Penampang menjumlahkan 20 anggota bomba keseluruhan ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah jenis separuh kekal masing-masing seluas 30x40 kaki persegi setiap satu dan anggota bomba melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.

“Operasi pemadaman berjaya mengawal api pada jam 7.39 malam dan kebakaran bukan hanya menjejaskan tiga rumah tetapi turut memusnahkan sebuah kereta dan tiga lagi motosikal milik penghuni,” katanya.

Menurutnya kejadian juga menyebabkan seorang anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Syafiq Ramlee dari BBP Papar mengalami kecederaan.

“Anggota yang mengalami kecederaan di tangan kiri semasa membuat operasi pemadaman kemudiannya dibawa ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah, operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.10 malam.

  • oleh
  • Advertisement